VPN
PENGERTIAN VPN
VPN merupakan singkatan dari Virtual Private Network, yaitu sebuah koneksi private melalui jaringan publik (dalam hal ini internet). Dengan kata lain VPN yaitu Sebuah cara aman untuk mengakses local area network yang berada pada jangkauan, dengan menggunakan internet atau jaringan umum lainnya untuk melakukan transmisi data paket secara pribadi, dengan enkripsi Perlu penerapan teknologi tertentu agar walaupun menggunakan medium yang umum, tetapi traffic (lalu lintas) antar remote-site tidak dapat disadap dengan mudah, juga tidak memungkinkan pihak lain untuk menyusupkan traffic yang tidak semestinya ke dalam remote-site. Memakai jalur khusus yg datanya di encrypt dahulu sebelum sampai ke penerima, vpn lebih mahal.
Enkripsi adalah suatu metode yang digunakan untuk mengkodekan data sedemikian rupa sehingga keamanan informasinya terjaga dan tidak dapat dibaca tanpa di dekripsi (kebalikan dari proses enkripsi) dahulu. Encryption berasal dari bahasa yunani kryptos yang artinya tersembunyi atau rahasia.
·
virtual network,
yang berarti jaringan yang terjadi hanya bersifat virtual. Tidak ada koneksi
jaringan secara riil antara 2 titik yang akan berhubungan.
·
private, jaringan yang
terbentuk bersifat private dimana tidak semua orang bisa
mengaksesnya. Data yang dikirimkan terenkripsi sehingga tetap
rahasia meskipun melalui jaringan publik.
JENIS-JENIS VPN
1. PPTP
Point-to-Point Tunneling Protocol atau PPTP VPN adalah dari
jenis yang paling banyak digunakan. Ia merupakan VPN paling mudah ditetapkan
(set-up), dan mudah digunakan. Biasaannya, VPN ini disambungkan dari rangkain
internet sedia ada dan menggunakan client terbina dalam.
Namun, ia tidak menyediakan sembarang enkripsi dan ia bergantung kepada
Point-to-Point Protocol (PPP) untuk tujuan security. Mr.Hac tidak menggalakkan
penggunaan VPN PPTP bagi rangkaian yang mengalami persekitaran sekatan berat
(heavy censorship environment) kerana biasanya ia tidak mampu untuk melepasi
sekatan-sekatan tersebut. Microsoft telah membangunkan PPTP VPN
ini.
2. Site-to-Site
VPN ini kurang lebih sama dengan PPTP, cuma tiada dedikasi
talian. Ia bekerja dengan cara mewujudkan rangkaian VPN dalam satu organisasi
yang sama meskipun pada tempat yang berlainan dan kemudian melakukan sambungan
(dari satu tapak ke satu tapak, sebab itu ia dipanggil site-to-site). Jenis ini
biasa digunakan oleh syarikat-syarikat besar.
3. L2TP
Layer 2 Tunneling Protocol (L2TP) kurang lebih sama dengan
PPTP, disebabkan ia tidak menyediakan enkripsi dan juga bergantung kepada PPP,
lebih tepat lagi kaedah ini merupakan gabungan antara dua protokol yaitu PPTP
dan L2F. L2TP telah dibangunkan oleh Microsoft (PPTP) dan
juga Cisco(Layer 2 Forwarding @ L2F).
4. IPSec
IPSec bekerja dengan rangkaian dan aplikasi berasaskan IP. Ia
memerlukan client yang mahal dan pemasangannya juga agak lama.
Syarikat-syarikat yang menggunakan IPSec adalah seperti SonicWall, NetScreen,
dan WatchGuard.
5. SSL
Secure Socket Layer (SSL) adalah protokol yang
bertanggungjawab menyediakan sambungan yang selamat antara pelayar web dan
destinasinya. SSL boleh diibaratkan proksi pada kebanyakan masa. Kelebihannya,
ia tidak perlukan perisian tambahan kerana ia menggunakan pelayar web saja
sebagai client.
6. MPLS
Multi-Protocol Label Switching (MPLS) tidak sesuai digunakan
oleh pengguna biasa sebaliknya ia adalah ideal untuk syarikat atau bisnes
dengan sambungan tapak ke tapak (site-to-site). Semua konfigurasi dilakukan di
peringkat rangkaian supaya pengguna akhir akan melihat sambungan rangkaian yang
nyata saja.
7. Hybrid
Setengah syarikat berupaya menggabungkan ciri-ciri SSL, IPSec
dan beberapa lagi jenis VPN lain. Pendeknya, Hybrid VPN adalah gabungan
beberapa protokol VPN untuk mendapatkan pelbagai ciri-ciri VPN itu dalam satu
paket. VPN dari jenis ini juga biasanya mahal dan anda perlu melakukan kaji
selidik sebelum membeli, biarpun anda adalah Pengarah Urusan syarikat yang
besar.
8. OpenVPN
Merupakan VPN pilihan Mr.Hac dan paling digemari kerana
ciri-cirinya yang melangkaui zaman dan kehebatannya melepasi setiap sekatan
firewall/censorship softwares! Tambahan pula ciri-ciri sekuriti yang ditawarkan
oleh sesetengah syarikat seperti Blowfish Encryption Algorithm dan 1024-bit
SSL/TLS Certificates amat menarik hati dan berbaloi-baloi untuk digunakan.
OpenVPN ialah perisian SUMBER TERBUKA yang
menjalankan teknologi VPN dengan protokol sekuriti yang diubah sesuai. Ia telah
ditulis oleh James Yonan, dibangunkan pula oleh OpenVPN Technologies, Inc dan
diterbitkan di bawah GNU General Public License (GPL).
·
Ada beberapa teknologi tunelling VPN yang sekarang banyak
digunakan, antara lain :
1. PPTP
2. L2TP
3. OVPN
4. PPPoE

Tidak ada komentar:
Posting Komentar